Seorang pelajar tingkatan empat dan rakannya ditahan polis bersama ganja seberat 10 kilogram yang dianggarkan bernilai RM31,000 di Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas pada Ahad lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata tangkapan dua suspek lelaki masing-masing berusia 16 dan 18 tahun itu dilakukan ketika mereka sedang berada dalam sebuah kereta Perodua Kancil di lokasi berkenaan pada 3.15 petang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Hasil semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah. Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati positif ketamin.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 12 Nov bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis ingin menegaskan bahawa usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah bukannya sekadar tanggungjawab pihak berkuasa namun masyarakat secara umumnya perlu mempunyai kesedaran untuk turut serta.

“Pihak polis menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas atau di balai-balai yang berdekatan,” katanya.

Sumber