Rata-rata zaman sekarang orang ramai sudah cukup mengenali perkataan selfie iaitu suatu perbuatan mengambil gambar sendiri tanpa bantuan orang lain secara ringkasnya.
Walaupun selfie dianggap cool dan chill bagi sesetengah pihak tapi tidak bagi pihak pengurusan UiTM yang memberi hukuman yang agak berat bagi salah seorang penuntutnya kerana selfie di atas pentas konvokesyen baru-baru ini.
Menurut laporan Harian Metro, pelajar tersebut Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21 telah digantung pengajian selepas perbuatannya itu dianggap sebagai tidak menghormati etika majlis konvokesyen.
“Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” ujarnya.
Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun atau dua selepas bertindak memalukan UiTM.
“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” jelas beliau.
Kami meninjau di laman media sosial terutama Twitter dan kebanyakkannya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap hukuman yang diberi. Dan ada yang membandingkan dengan peluang kedua yang diberi kepada pelajar pedofilia.
Pedophiles dapat second chance. Selfie time konvo kena gantung. Only in Malaysia. 😌😌😌
— mok (@iqmarismadi) May 17, 2015
BACA: Jenayah Pedophilia, Bersediakah Kita?
https://twitter.com/ShahrilArash/status/599801936775254016
Malaysia, where taking selfies at a convo reception is worse than having 30,000 child porn materials in your computer. #MalaysiaBoleh
— サイードアイマン (@AimanDrummer) May 17, 2015
Ramai lagi student yang lebih memalukan UiTM, setakat selfie tu takyah kot nak gantung sampai setahun.
— ً (@rudyramly) May 17, 2015
Nampaknya ambil selfie lebih serious dari disabitkan kesalahan pornografi kanak-kanak. Satu digantung. Satu diberi peluang sambung belajar
— TuanMasbro Babahmu Turoi Bongkersz (@bonqkersz) May 17, 2015
Salah seorang rakan Muhammad Hasrul pula mengatakan beliau sepatutnya diberi amaran lisan sahaja.
https://twitter.com/aDamLefty/status/599788028844843008
Come on la UiTM, the punishment given was not necessary. Selfie on stage won't affect anything. A rigid warning is more than enough.
— Shamin (@ahmadshamin) May 17, 2015
Dan akhir sekali, kami setuju dengan tweet di bawah:
Selfie time konvo pon dikira "memalukan UiTM" ?
Banyak benda lagi yang boleh memalukan UiTM. Selfie je pon.
— Hadi Nasution (@Had1Nasution) May 17, 2015