Ibu kota Kuala Lumpur bakal kembali bergema apabila pekarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dipilih sebagai lokasi ikonik bagi pelancaran musim baharu MotoGP 2026.
“Buat julung kalinya, kejohanan ini akan menguasai kawasan ikonik KLCC dan jalan raya di sekitarnya.
Baca Juga:
- MotoGP 2026: Selepas 10 Tahun, ‘Litar Jalan Kuala Lumpur’ Didakwa Bakal Kembali

- ‘F1 Tidak Mungkin Kembali Ke Malaysia, MotoGP Lebih Diutamakan’ – SIC
“Sekali gus mencipta pengalaman sukar dilupakan yang menggabungkan elemen sukan, hiburan, dan budaya.
“Para pelumba akan turut hadir dalam acara yang kemasukannya adalah percuma ini, malah ia juga akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia,” petik kenyataan rasmi.
The most fearless racers take over Kuala Lumpur🔥
It starts here. 7 February 🗓️#MotoGPLaunch #KualaLumpur26 pic.twitter.com/gJz4BQCgup
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) January 13, 2026
Pelbagai aktiviti menarik sempena pelancaran MotoGP 2026
Peminat boleh singgah di Fan Zone selama seminggu di dalam pusat beli-belah KLCC dari 2 hingga 7 Februari. Ia dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Zon ini bakal menampilkan pameran interaktif MotoGP dan pelbagai pengalaman eksklusif untuk pengunjung.
Kemuncak sambutan minggu MotoGP ini akan berlangsung pada 7 Februari, jentera-jentera lumba akan dipamerkan di Pit Box di pintu masuk KLCC. Acara pelancaran utama akan berlangsung dari jam 7:00 malam hingga 10:30 malam.
Acara diteruskan dengan Pertunjukan Pelancaran Musim di Menara Berkembar Petronas yang menggabungkan perarakan jentera bandar (urban bike run), pengenalan pelumba, serta persembahan hiburan secara langsung berlatarbelakangkan salah satu mercu tanda paling ikonik di dunia.
Cara untuk menyertai acara pelancaran MotoGP 2026
Para peminat boleh merasai sendiri kehangatan aksi ini dengan mengunjungi Fan Zone sepanjang minggu dan menghadiri pertunjukan pelancaran musim di KLCC pada 7 Februari.
Anda boleh mendaftarkan minat untuk hadir ke acara berprestif ini dengan klik pautan di sini.