Ejen pelancongan di Sabah diingatkan untuk memberi taklimat kepada pelancong tentang tatacara berpakaian yang betul dan sopan selepas beredar gambar dalam talian yang menunjukkan dua wanita berpakaian terdedah di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Sabah, Jauteh Dikun berkata pihak berkuasa menyedari tingkah laku pelancong itu, lapor Borneo Post seperti yang dipetik oleh FMT.

Baca Juga:

“Justeru, saya menasihatkan ejen dan pengusaha pelancongan supaya memberi taklimat dengan betul kepada pelancong berkenaan etika yang diamalkan di negara kita termasuk etika berpakaian.

“Ini termasuk pematuhan budaya dan maklumat mengenai cara berpakaian yang sesuai ketika melawat negara kita,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana pelancong asing yang didapati berkelakuan tidak senonoh berisiko dipenjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Jauteh berkata, ejen atau pengusaha pelancongan yang membawa pelancong itu juga akan ditahan sekiranya kejadian seumpama itu berlaku.

Sumber