Seorang pelancong wanita China telah mengejutkan seorang berbangsa Cina warga Malaysia apabila dia mahu melaporkan warga tempatan itu kepada CCP.

Tidak pasti di mana pelancong itu hidup selama ini, kerana dia mungkin fikir semua orang berbangsa Cina di dunia ini tertakluk kepada kerajaan China atau CCP.

Pelancong wanita China itu berbalah dengan warga tempatan dan dia mengancam mahu memanjangkan isu itu kepada CCP atau Parti Komunis China.

China
Foto: X

“Saya ni berbangsa Cina, dan saya akan hubungi Zhongnanhai [Ibu Pejabat Parti Komunis China],” katanya sambil mendail telefonnya.

Pelancong China itu kemudian mendakwa ada 3 orang gila yang memukulnya. Sedangkan wanita tempatan itu mahukan kepastian kenapa wanita China itu memukul anaknya [menurut penjelasan di komen].

Rakan kepada wanita itu menyatakan bahawa mereka yakin ada bukti CCTV menunjukkan kelakuan pelancong China itu yang memukul anak kawannya.

Namun pelancong China itu terus mempertahankan dirinya dan menyatakan sebaliknya dia yang menjadi mangsa diserang wanita tempatan itu.

“Ianya adalah ancaman tertinggi dibuat oleh orang China yang bermaksud: ‘Saya akan laporkan kamu kepada pimpinan tertinggi CCP dan kamu akan hancur;,” terang Ratuso Japan dalam siaran X beliau.

Netizen geleng kepala melihat kelakuan wanita China itu. Dan mereka menegaskan bahawa ini perkara biasa dilihat pada pelancong China yang melancong ke negara Asia Tenggara, di mana mereka automatik menjadi ‘Karen versi China’.

Yang lain berkata: “Bukan sahaja Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam pun berdepan masalah seperti ini.”

Seterusnya seorang lagi menulis: “Biadap, terlalu bangga diri, menjengkelkan, nak saya teruskan?”