Seorang pelancong Israel diberkas polis Thailand kerana melakukan gangguan awam dan mencuri barang dari kedai serbaneka tempatan di Pattaya semalam.

Kemudian, polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat aduan bahawa seorang pelancong asing telah mencetuskan gangguan awam di Walking Street.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pelancong itu dilaporkan memanjat bumbung sebuah hotel, lalu mematikan suis lif sehingga menyebabkan ketidak selesaan tetamu hotel sebelum menimbulkan gangguan awam di Walking Street.

Individu terbabit kemudian memasuki sebuah kedai serbaneka dan mengambil makanan serta minuman tanpa melakukan pembayaran. Lantas, pengurus menghubungi pihak polis susulan insiden itu.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan itu mengaku mengambil ganja sebelum itu dan dipercayai berkelakuan tidak senonoh kerana tertekan disebabkan konflik berterusan antara Israel dan Hamas ketika ini.

Susulan insiden itu, suspek bakal menghadapi beberapa tuduhan termasuk mengganggu ketenteraman awam.

Sumber