Pernahkah anda terfikir bahawa keunikan budaya menyambut Ramadan di Malaysia boleh menjadi tarikan pelancongan berskala global?
Fenomena tular melibatkan pelancong Perancis di platform TikTok baru-baru ini membuktikan bahawa ‘Pengalaman Ramadan’ mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi.
Perkongsian mereka yang sarat dengan emosi dan keterujaan bukan sahaja menerima ribuan reaksi positif daripada warga tempatan di sana.
Hal ini mencetuskan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen agar pihak berwajib menjadikan ia sebagai kempen pelancongan rasmi tahun hadapan.
Perkara ini dibangkitkan oleh seorang pengguna Threads Malaysia yang melihat ia sebagai satu potensi besar dalam meningkatkan tahap komersial pelancongan Malaysia dengan tarikan terbaharu ini.
“Sekarang ni, pelancong Perancis di TikTok tu dah macam duta pelancongan tak rasmi kita pula.”
“Sambutan dengan engagement video dorang memang luar biasa. Tourism Malaysia kena push lagi kuat atau buat collabuntuk jadikan Malaysia sebagai port pelancongan Ramadan tahun depan”, kongsi pengguna bernama @syazwwnanuar.
Terdapat sejumlah tangkap layar konten TikTok yang dimuat naik oleh sejumlah pelancong Perancis yang datang memburu pengalaman menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan di Malaysia.

Apa yang menariknya daripada penemuan ini juga adalah apabila interaksi ruangan komentar yang dipenuhi oleh rakyat mereka sendiri dan bukannya dari Malaysia sekaligus memberi gambaran jelas akan minat yang mendalam untuk melawat ke negara ini.

Oleh itu, timbul satu hasrat yang besar dari warga tempatan agar pihak badan kerajaan melihat ini sebagai satu peluang keemasan dalam memeriahkan lagi segmen pelancongan Malaysia di mata dunia.