Baru baru ini kecoh tentang pelancong Sepanyol yang diperkosa secara berkumpulan oleh lapan lelaki di India. Dengan dia dan suaminya turut disamun.

Pasangan tersebut dipercayai telah melawat 63 negara berbeza sebelum ini. Tiba ke negara ke-64 yang dilawat mereka menjadi mimpi ngeri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pasangan pelancong tersebut memberitahu kepada stesen tv Sepanyol, Antena 3 telah mendedahkan bahawa Fernanda dirogol bergilir gilir 8 lelaki. Sementara suaminya dipukul berulang kali.

Menurut pasangan yang dikenali sebagai Vicente dan Fernanda itu, mereka pada malam kejadian tidak berjaya mendapatkan penginapan di hotel di kawasan tersebut, lalu memutuskan untuk berkhemah.

Lebih menyedihkan kejadian rogol itu berlaku selama 2 jam. Dan menjadi trauma yang sangat teruk.

Vicente dan Fernanda kerap berkongsi pengembaraan mereka di Instagram. Dan salah satu hantaran mereka menunjukkan bahawa wajah mereka cedera.

Mereka memberikan terima kasih atas sokongan yang mereka terima daripada pengikut mereka. Polis India sudah menahan suspek kes tersebut.

Bermula daripada penahanan 3 orang suspek pada awalnya, mendedahkan kepada identiti 5 lagi suspek lain.

Kerajaan India benar benar kesal dengan kes tersebut yang boleh memberikan imej buruk kepada negara itu di mata pelancong. Kerajaan memberikan pampasan RM56,000 kepada pasangan tersebut.

India antara negara yang memiliki jumlah kes rogol sangat tinggi. Stigma masyarakat ke atas mangsa rogol juga telah membuatkan ramai mangsa berdiam diri di negara tersebut.

Berdasarkan rekod oleh Biro Jenayah Kebangsaan India, pada 2022 mencatatkan rekod paling buruk dengan purata 90 rogol setiap hari direkodkan pada tahun tersebut.

Seorang pengguna X telah memuat naik video situasi yang dia alami ketika melancong di India.

Wanita itu merakam lelaki lelaki di dalam keretapi di India itu yang kelihatan menatapnya dengan mata penuh nafsu. Dia percaya lelaki lelaki itu sudah berfantasi di dalam kepala otak mereka.

Ada yang tanpa segan silu membuat isyarat lucah dan tak senonoh kepada pelancong wanita itu. Saksikan: