Seorang pelawak terkenal didakwa ditahan di Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah baru-baru ini.

Memetik laporan Utusan, sumber menyatakan pelawak tersebut dipercayai ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan masih berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Pada ketika itu, pelawak tersebut sedang menunaikan umrah bersama rakan-rakannya. Namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Difahamkan media sosial pelawak itu masih lagi aktif yang diuruskan oleh pihak pengurusannya.

Tambah laporan itu lagi, pelawak tersebut dikatakan bakal muncul dalam satu program televisyen yang telah dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan berlaku.

Sumber