Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bahawa seorang pelawak yang juga merupakan seorang pelakon cukup dikenali telah bersuamikan seorang pengkid dan hubungan tersebut salah dari segi agama.

Susulan itu, dalam satu video temubual, Didie Alias telah ditemui untuk bertanya akan perasaanya apabila melihat rakan yang dahulu rapat kini sudah memilih jalan seperti itu.

Baca Juga:

@melodiberapi

tak pernah tengok pelakon Didie Alias menangis sampai macam ini!!! #meloditv3 #fypシ #didiealis #fypシ゚viral

♬ original sound – Melodi – Melodi

Menerusi video itu, Didie Alias berkata pelawak itu sudah banyak kali membuat perkara itu dan sudah pun dinasihati tetapi ianya hanyalah sia-sia kerana ibarat mencurah air ke daun keladi.

“Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah.” ujar Didie Alias.

Bukan itu sahaja, Didie juga mengalirkan air mata kerana sedih melihat jalan yang dipilih rakannya itu dan mendoakan agar dia kembali ke jalan yang benar.

Menurut Didie, dia tidak akan mencari pelawak berkenaan dan sama sekali tidak mahu mengaibkannya dengan mengungkit hal-hal lepas.

Difahamkan, rakan pelawak itu juga kini lebih memilih untuk berjauhan serta melarikan diri daripada rakan-rakan selebriti kerana mahu mengikuti ‘suaminya’ itu.