Pada minggu lalu, kecoh apabila temu bual Didie Alias ditayangkan di kaca TV dimana dia memberikan teguran buat rakan pelawaknya yang didakwa telah menjalinkan hubungan dengan ‘pengkid’.

Hal itu juga telah meraih perhatian orang ramai dan rakan pelawak tersebut, Enot telah memberikan kenyataan mempersoalkan tindakan Didie yang menegurnya secara terbuka di kaca TV.

Baca Juga:

Susulan itu, Didie turut dikritik orang ramai kerana dikatakan telah membuka air kawan baik sendiri dan dalam satu laporan, Didie telah menepis dakwaan terbabit.

Malah, dia juga persoalkan jika salah untuk dirinya sebagai seorang yang pernah rapat dengan Enot memberi nasihat kepadanya.

“Kalau dengar balik kenyataan saya, mana ada saya buka aib dia. Sebaliknya, saya sekadar mengulas pertanyaan wartawan mengenai isu membabitkan Enot yang sudah tular.

“Jujurnya, saya sendiri pelik apabila Enot mendakwa saya cuba buka aib, sedangkan dia sendiri buka aibnya apabila berkongsi kisah peribadi dalam media sosial.” kata Didie Alias.

Tambah Didie, dia menyerahkan segala keputusan kepada Enot sama ada dia mahu mendengar nasihat ataupun tidak.