Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila pelakon berpengalaman, Enot didakwa ‘bersuamikan’ seorang pengkid atau dalam erti kata lain suka menyukai sama sejenis.

Hal ini dihangatkan lagi apabila Didie Alias tampil menerusi rancangan di Melodi memaklumkan beliau sangat kecewa dengan individu yang pernah menjadi sahabat beliau.

Baca Juga:

Didie Alias berkata pelawak itu sudah banyak kali membuat perkara itu dan sudah pun dinasihati tetapi ianya hanyalah sia-sia kerana ibarat mencurah air ke daun keladi.

@melodiberapi

tak pernah tengok pelakon Didie Alias menangis sampai macam ini!!! #meloditv3 #fypシ #didiealis #fypシ゚viral

♬ original sound – Melodi – Melodi

“Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah.” ujar Didie Alias.

Hal ini membuatkan Enot tampil di media sosial menafikan perkara yang berlaku sekaligus mempersoalkan tidak ada jurunikah yang mampu kahwinkan perempuan sama perempuan.

Sementara itu, penampilan terbaru Enot turut menjadi perhatian para netizen yang memaklumkan pelakon ini sudah tampil dengan wajah baharu.

@enot7812

Salam Ahad video ni Aku buat sehari sblm Aku Aku jatuh bilik air sehari selepas birthday sku time ni sumenaya Ok aku bersemangat pindah tempat baru ,semangat rumah baru,aku ceria,lps jatuh sumenya berubah Aku lost,Aku down,Aku x mcm dulu nak LIVE pun xlarat..cpt moody now aku proses healing aku nak mcm dulu ,aku nak bangkit balik.. sbb tu skrg aku blm kuat lg nak meniaga kat luar aku try wat Affilate n Review dgn cara ni aku survive!so pls support aku k! Doakan aku!#review #fypシ゚virall #hadir

♬ Just A Kiss (Muah) – Enisa

Tidak kurang yang memaklumkan Enot kini dilihat lebih berseri serta pandai menjaga penampilan diri berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, ramai yang mengharapkan pelakon ini dipermudah urusan serta dijauhi daripada perkara tidak sepatutnya.