Sebelum ini Enot dilanda kontroversi apabila dia didakwa bercinta dengan pengkid dan hal tersebut turut menjadi panas apabila kawan baiknya, Didie Alias mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedih apabila Enot memilih jalan terbabit.

Sekian lama, isu terbabit sudah sepi apabila Enot menafikan dakwaan itu dan memuat naik gambar romantis bersama teman lelakinya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi satu laporan, Enot mengakui hidupnya kini sukar kerana sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana produksi.

Menurutnya, dia tidak pasti mana silapnya tetapi tidak menolak mungkin disebabkan kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini membuatkan syarikat produksi hilang minat untuk mengajaknya berlakon.

“Saya tak boleh nak cari makan di luar sana. Bagaikan ditanam hidup-hidup. Tidak tahu kenapa berlaku begini.

“Mungkin ada mulut-mulut yang menyampaikan sehingga orang tak mahu bagi saya tawaran berlakon.

“Orang mula membuat spekulasi tentang saya sedangkan perkara itu tidak betul. Jadi lebih baik saya berdiam dan hanya berserah kepada Allah.” ujar Enot.

Tambahnya, kontroversi yang menimpanya dirinya sebelum ini telah memberikan tekanan besar sehingga menyebabkan ‘anxiety’.