Dalam satu laporan, Didie Alias telah meluahkan rasa sebak apabila rakan pelawak, Enot telah memilih untuk menjalani hubungan songsang dengan dikatakan berkahwin dengan pengkid.

Malah, Didie juga mengatakan bahawa dia sudah menasihati rakannya itu tetapi nasihatnya tidak dihiraukan. Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan Enot telah bersuara mengenai isu terbabit.

Baca Juga:

Menurut Enot atau nama sebenarnya Aliza Bt Abdullah, dia selama ini berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

Malah, Enot juga mempersoalkan dakwaan orang ramai yang menuduhnya sudah bernikah dengan pengkid tersebut dan tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang mempermainkan nama arwah ibunya.

“Tok kadi mana pula yang boleh nikahkan aku tu? aku masih tahu hukum agama. Jangan nak hukum aku macam aku orang kafir pula tak tahu apa-apa!” ujar Enot.

Dalam pada itu di hantaran lain, Enot enggan memperbesarkan keadaan kerana dirinya tidak suka jika bergaduh dan akan simpan semua aib individu tersebut elok-elok.

Tambahnya, Enot berkata dirinya menyerahkan semua urusan kepada Allah SWT dan hanya Dia yang tahu isi hati pelawak itu seperti apa.