Nampaknya pelawak terkenal Ukraine, Volodymyr Zelensky yang merupakan calon Parti Servant of the People telah menang besar dalam pusingan ke-2 pilihan raya presiden. Walau bagaimanapun, keputusan secara rasmi akan diumumkan pada 1 Mei 2019.

Beliau meraih undi sebanyak 73.2% undi mengalahkan saingannya Petro Poroshenko yang hanya meraih 25.3%. Malah, dikhabarkan sebanyak 62% rakyat Ukraine yang keluar mengundi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan ini menunjukkan bahawa Volodymyr Zelensky yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam dunia politik dipilih menjadi presiden di Ukraine. Selain itu, beliau juga pernah tampil dengan siri TV iaitu Servants of the People dimana beliau berlakon menjadi seorang guru yang menentang rasuah dan mendapat populariti sehingga beliau menjadi seorang presiden yang sebenar. Dari sebuah siri rancangan TV menjadi realiti.