Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) berjaya mendapatkan khidmat penyerang skuad kebangsaan, Syafiq Ahmad secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Ia merupakan kali kedua penyerang berusia 28 tahun itu hadir ke Kedah selaku pemain pinjaman dimana pada musim 2022 beliau beraksi bersama skuad Hijau Kuning itu selama lima bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Peminat bola sepak tanah air menyambut baik perkara ini dimana mereka berharap Syafiq mendapat minit permainan yang lebih banyak bersama Kedah sekaligus mengembalikan sentuhan tajamnya seperti sebelum ini.

Syafiq Ahmad Kedah
Kredit Foto: KDA FC

Selepas berdengan dengan isu tunggakan gaji, Kedah memutuskan untuk melepaskan barisan pemain import musim lalu dan hanya mengekalkan Manny Ott kerana pemain itu masih lagi mempunyai baki kontrak.

Keputusan ini dilihat berpihak kepada Syafiq dimana sekiranya Kedah tidak menandatangani penyerang import, maka berkemungkinan besar beliau akan menjadi penyerang utama skuad kendalian Nafuzi Zain itu.

Pasukan negara ketika ini ketandusan pemain di posisi penyerang dimana ketua jurulatih, Kim Pan-gon banyak menggunakan Darren Lok sebagai penyerang utama dan kemudiannya dibantu oleh Romel Morales selepas pemain itu mendapat status naturalisasi sebelum temasya Piala Asia 2023.

Saingan Liga Malaysia musim ini menjadi peluang terbaik Syafiq Ahmad untuk menampilkan prestasi terbaik sekiranya diberi peluang untuk beraksi sekaligus memikat hati Pan-gon untuk memanggilnya kembali menyertai skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Pasukan negara akan berdepan Oman di tempat lawan dan laman sendiri bulan ini bagi menghadapi saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.