La Masia terus melahirkan permata dalam bola sepak dan Barcelona mempunyai satu lagi pemain berpotensi iaitu Pedro Fernandez Sarmiento.
Dikenali sebagai ‘Dro’, pemain tengah menyerang itu dibandingkan dengan Andres Iniesta, salah seorang pemain lagenda Barca.
Baca Juga:
- Cucurella Bidas Wartawan Barcelona Tuduh Nico Williams Pentingkan Wang Semata Mata

- ‘Here We Go’, Marcus Rashford Sertai Barcelona

- UEFA Denda Chelsea, Barcelona Kerana Langgar FFP

Pedro ‘Dro’ Fernandezpic.twitter.com/JcoaQIlDLt
— ArsenKveFCB (@ArsenKveFCB) July 27, 2025
Dro Permata Baharu Barcelona
Dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Jepun, Vissel Kobe, pemain berusia 17 tahun itu hanya memerlukan 10 minit untuk menjaringkan gol.
Dro masuk pada minit ke-78 untuk menggantikan Marcus Rashford, yang juga membuat penampilan pertamanya untuk kelab.

Kebolehannya mengawal bola dengan kedua-dua belah kaki membuatkan dia hampir mustahil untuk dihentikan.
Lamine Yamal telah membuka jalan kepada anak-anak muda dari La Masia untuk melangkah pada usia yang begitu muda dan Dro nampaknya dia boleh berada di barisan seterusnya.

Pemain berusia 17 tahun itu berlatih dengan skuad senior Barcelona pada musim lalu dan jika dia terus mempamerkan aksi pramusim, dia boleh menjadi tonggak utama dalam skuad Flick.