Penyerang England, Marcus Rashford dilaporkan bakal menyertai kelab gergasi La Liga iaitu FC Barcelona.

Menurut transfer guru iaitu Fabrizio Romano, Manchester United dan Barcelona sudah mencapai kata sepakat mengenai perpindahan Rashford.

Baca Juga:

Marcus Rashford Sertai Barca Secara Pinjaman

Menurut Fabrizio, Rashford akan menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat.

Bintang United itu akan menandatangani kontrak dimana beliau bergelar pemain pinjaman selama satu musim.

Marcus Rashford
Asensio dan Rashford

Marcus Rashford naik pangkat dari akademi United dan dimasukkan dalam skuad Liga Perdana pada 2015, kekal sebagai pemain utama sehingga lewat 2024.

Bagaimanapun, dia tidak menjadi pilihan utama pengurus baharu, Rubin Amorim, di kelab itu, dan oleh itu kedudukannya dalam pasukan semakin berkurangan.

Marcus Rashford
Kredit Foto: Aston Villa FC

Selepas hampir tidak mendapat masa bermain di bawah Amorim, Rashford dihantar ke Aston Villa secara pinjaman pada Februari. Dia membuat 10 penampilan dalam liga untuk Villa dan mempunyai lima sumbangan gol.