Ruben Amorim tidak setuju dengan usaha Man United yang mahu menerima tawaran daripada Amazon Prime untuk dokumentari pasukan itu.

Sebelum ini Amazon Prime sudah membuat dokumentari pasukan EPL seperti Tottenham dan Arsenal. Dan kini Man United bakal menerima kontrak paling besar daripada Amazon untuk dokumentari yang serupa.

Sepanjang proses rakaman untuk dokumentari tersebut, kelab akan dipasang dengan banyak kamera di beberapa kawasan seperti di perkarangan pusat latihan, bilik persalinan, pejabat dan terowong.

Dokumentari tersebut akan merakam perjalanan kempen Man United sepanjang musim 2025/26.

Ruben Amorim tidak setuju dengan idea tersebut. Kerana menurutnya, masa adalah tidak sesuai memandangkan Man United masih lagi bergelut untuk membentuk kestabilan dalam permainan mereka.

Ruben Amorim
Kredit Foto: REUTERS/Phil Noble

Bagi kelab pula, ini adalah salah satu cara tambahan untuk mereka mendapatkan wang tambahan. Memandangkan kelab itu kehilangan banyak dari segi pendapatan selepas gagal layak ke UCL dan mana mana pertandingan Eropah lain.

INEOS sebelum  ini sudah mengambil banyak langkah penjimatan yang agak drastik dalam usaha membantu kewangan kelab itu. Ini termasuk memberhentikan ratusan staf, mengurangkan kos subsidi staf dan legenda kelab serta banyak lagi.

Sir Alex Ferguson turut menjadi mangsa kepada langkah penjimatan ini apabila legenda kelab itu kehilangan jawatan sebagai duta khas kelab.

Sir Jim Ratcliffe beberapa bulan lalu membayangkan, jika INEOS tidak tegas dalam isu berkaitan pemotongan kos, kelab itu di ambang muflis pada Krismas tahun ini.

Jim Ratcliffe
Jim Ratcliffe. Sumber Gambar: Reuters

Tak jadi sebab Ruben Amorim tidak setuju

Oleh kerana Ruben Amorim tidak setuju dengan idea penerbitan dokumentari Amazon Prime ini, kelan dilaporkan akur dan tidak meneruskan lagi rundingan.

Amorim tidak selesa diganggu oleh pihak lain dalam tugasannya di Old Trafford.