Pemain pertahanan Fulham, Calvin Bassey menjadi sasaran serangan perkauman selepas kelabnya menewaskan Manchester United dalam aksi pusingan kelima saingan Piala FA 2024/2025 baru-baru ini.
Bassey menjadi sasaran oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab yang telah menyerang pemain itu dengan gelaran yang biadap, termasuk dari salah seorang rakyat Indonesia.
Baca Juga:
- Takefusa Kubo Jadi Mangsa Serangan Perkauman Di Valencia
- Terus Diserang Dengan Isu Perkauman, Tommy Mawat Mahu Ambil Tindakan
- Paksa Messi Minta Maaf Ekoran Isu Perkauman, Timbalan Menteri Sukan Argentina Dipecat
Fulham Kecam Serangan Terhadap Bassey

Fulham mengeluarkan kenyataan mengecam serangan itu dan menunjukkan sokongan kepada Bassey. “Pihak kelab amat terkejut dengan serangan perkauman dan homofobik yang diterima dan kemudiannya dikongsi oleh Calvin Bassey di media sosial selepas perlawanan Piala FA menentang Man United.”
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tingkah laku menjijikkan ini yang tidak mempunyai tempat dalam bola sepak atau masyarakat. Tindakan sedemikian adalah tidak boleh diterima sepenuhnya, dan kami menyokong penuh Bassey.”
“Kami akan melakukan segala-galanya dalam kuasa kami untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam mengenal pasti pelaku mesej keji ini dan mengambil bentuk tindakan terkuat terhadap mereka.,” tulis kelab itu.

Salah seorang yang melakukan serangan terhadap Bassey merupakan peminat Manchester United dari Indonesia yang menggunakan nama Teguh Ari di laman media sosial Instagram.
Dalam tangkapan skrin mesej langsung yang dikongsi oleh Bassey melalui laman Instagram Story miliknya, dapat dilihat bahawa Teguh Ari menghantar perkataan yang sangat tidak sesuai, seperti, “BLACK YOU, ANJ*NG dan B*NUH LO K*NT*L.”
Dalam perlawanan tersebut, Bassey telah membuka tirai dimana beliau menewaskan Andre Onana di gawang United pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Walaupun Bruno Fernandes menyamakan kedudukan untuk tuan rumah, Fulham akan meneruskan kemenangan menerusi sepakan penalti apabila usaha Victor Lindelof dan Joshua Zirkzee berjaya diselamatkan oleh Bern Leno.