Tonggak pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab K-League 1 Korea Selatan, Suwon FC.

Arhan yang kini beraksi di Piala Asia 2023 bersama skuad Garuda turut mencipta sejarah sebagai pemain Indonesia pertama yang menyertai pasukan divisyen utama Liga Korea Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemain yang berusia 22 tahun itu sebelum ini berstatus ‘free agent’ sejak dilepaskan oleh kelab Jepun, Tokyo Verdy pada tahun lepas.

Suwon FC sudah lama memerhati Pratama Arhan sejak bersama Tokyo Verdy. Pemain itu kini memiliki jumlah pengikut melebihi 7 juta di laman instagramnya.

Portal Korea Selatan, Chosun melaporkan Pengurus Suwon FC, Choi Soon Ho tertarik mendapatkan pemain dari Indonesia bagi meningkatkan nilai kelab itu di pasaran ASEAN.

“Pengurus Suwon FC, Choi Soon Ho sentiasa memerhati pasaran Asia Tenggara untuk meningkatkan nilai kelab. Beliau memberikan perhatian kepada Indonesia.

“Suwon FC memerlukan khidmat pemain Indonesia bagi memperkuatkan pertahanan dan Arhan termasuk dalam senarai calon mereka,” tulis Chosun.

Arhan menyertai Tokyo Verdy pada bulan Februari 2022 dan para penyokong Indonesia sudah mula merasakan pemain itu sekadar dijadikan bahan ‘marketing’ untuk kelab Jepun tersebut.

Selepas 3 hari Pratama Arhan diumumkan sebagai pemain baharu Tokyo Verdy, impak segera yang diterima oleh kelab itu sehingga tidak disangka oleh ramai penyokong tempatan sebelum ini.

Sebelum pengumuman perpindahan Pratama Arhan dibuat, pengikut Instagram Tokyo Verdy hanya sekitar 24,000 sahaja, namun angka pengikut terkini selepas hanya 3 hari mencatatkan peningkatan lebih 1100%!

Bagaimanapun, Arhan gagal mendapatkan jumlah minit permainan yang banyak sejak menyertai Tokyo Verdy. Menurut rekod, beliau hanya sempat diturunkan dalam 4 perlawanan.