Selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun cemerlang mengungguli saingan Malaysia Masters semalam, tumpuan pemain negara kini beralih pula ke Terbuka Singapura 2025.

Terbuka Singapura merupakan kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang pastinya menyaksikan kehadiran lebih ramai pemain ternama dunia seperti Shi Yu Qi, Kunlavut Vitidsarn dan An Se Young.

Baca Juga:

Malah, hadiah wang tunai serta mata ranking yang ditawarkan juga cukup menarik untuk direbut para pemain.

Malaysia
Aksi final Malaysia Masters. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Bagi kem Malaysia, Ng Tze Yong terpaksa menarik diri daripada persaingan selepas beliau mengalami kecederaan lutut pada aksi pusingan pertama Malaysia Masters 2025 ketika bertemu Angus Ng Ka Long.

Sehubungan dengan itu, Leong Jun Hao bakal menjadi wakil tunggal dalam acara perseorangan lelaki.

Manakala harapan terus disandarkan kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bagi beregu lelaki manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang bakal dinobatkan secara rasmi sebagai pasangan ranking pertama dunia pada Selasa ini akan turut mengambil bahagian.

Malaysia
Leong Jun Hao. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain Malaysia yang menyertai Terbuka Singapura 2025:

Wakil Malaysia Di Terbuka Singapura 2025

Perseorangan LelakiĀ 

1) Leong Jun Hao

Beregu Lelaki

2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

4) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

5) Arif Junaidi-Yap Roy King

5) Choong Hon Jian-Haikal Nazri

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

7) Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

Beregu Wanita

8) Pearly Tan-M. Thinaah

Beregu CampuranĀ 

9) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

10) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

11) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien

Kali terakhir wakil Malaysia menjuarai kejohanan Terbuka Singapura ialah Goh Sze Fei-Shevon Jemie Lai yang memenanginya pada edisi 2018 setelah menewaskan Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 21-19, 21-18.