Manchester United tidak membuang masa dimana mereka terus menjalani aksi pra musim selepas saingan musim 2024/2025 melabuhkan tirai.
United menewaskan Aston Villa dengan keputusan 2-0 dalam aksi terakhir saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Baca Juga:
- Lima Pemain Negara Sertai Skuad ASEAN All Stars Bertemu Man United
- Ong Kim Swee – ‘ASEAN All Stars Lawan Man United Hanya Aksi Pertunjukan’
- Majlis Perkahwinan Di Malaysia Antara Paling Mahal Di Asean, Boleh Cecah RM200,000
Senarai Pemain Manchester United
Pengurus pasukan, Ruben Amorim membawa kesemua pemain utama pasukan bagi menghadapi ASEAN All Stars dan juga Hong Kong.
Pemain seperti Bruno Fernandes, Harry Maguire, Casemiro, Andre Onana dan Rasmus Hojlund akan menguji skuad kendalian Kim Sang-sik pada 28 Mei ini.

Amorim sebelum ini mempertahankan keputusan Manchester United untuk menjalani aksi pra musim di Malaysia dan Hong Kong.
“Ya sudah tentu. Kami perlu melihat konteks kelab. Kami menaikkan [harga] tiket kami untuk peminat kami.

“Kami melakukan semua ini jadi kami juga perlu membuat pengorbanan – dan [ia] adalah pengorbanan kecil. Ia akan mengambil masa enam hari dan kami membuat hubungan dengan peminat kami di seluruh dunia.
“Mereka datang ke sini setiap hujung minggu untuk melihat perlawanan di Old Trafford, jadi semua orang dalam kelab berkorban.

“Ini tiada apa-apanya berbanding apa yang orang lakukan untuk menonton perlawanan kami. Kami akan melakukan bahagian kecil kami.
“Kami bertuah berada di sini dan kami bergerak ke hadapan kerana lawatan itu akan membantu kami juga untuk meningkatkan pasukan jika kami perlukan,” katanya.