Berakhirnya aksi pusingan pertama Malaysia Masters 2025 menyaksikan 10 wakil negara berjaya melangkah ke pusingan 16 dalam saingan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ketika semalam lima wakil negara mengesahkan kemaraan, saingan hari kedua hari ini pula menyaksikan tambahan lima lagi pemain yang akan beraksi esok.

Baca Juga:

Wakil pertama yang melayakkan diri ialah beregu campuran, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang menundukkan Supak Jomkoh-Ornnicha Jongsathapornparn 22-20, 21,19.

Kemudiannya pasangan remaja, Kang Khai Xing-Aaron TaiĀ  beraksi cemerlang untuk menumbangkan naib juara Terbuka Thailand 2025, Willem Boe-Christopher Kjaer 12-21, 21-11, 21-17 dalam aksi yang berlanjutan 47 minit.

Pasangan Loo Bing Kun-Toh Ee Wei turut menggembirakan peminat badminton tanah air dengan kemenangan 20-22, 21-18, 21-15 ke atas Lu Ming Che-Hung En Tzu dari Chinese Taipei.

Pusingan 16
Ng Tze Yong mengalami kecederaan ketika bertemu Angus Ng Ka Long hingga memaksa beliau menarik diri. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Juara Terbuka Thailand 2025, Pearly Tan-M. Thinaah turut tidak mengecewakan hasil kemenangan dicatatkan bertemu pasangan Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying 21-17 21-16.

Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga tidak mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri selepas menundukkan pasangan Chinese Taipei, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin 21-18, 21-16 untuk memastikan 10 wakil negara beraksi di pusingan 16.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Leong Jun Hao, Justin Hoh, K. Letshanaa, Goh Jin Wei, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse dan Ho Lo Ee-Amanda Yap yang tewas kepada lawan masing-masing.

Manakala, Ng Tze Yong terpaksa menarik diri daripada persaingan ketika berhadapan dengan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong meskipun sudah memenangi set pertama 22-20 ekoran kecederaan dialaminya.

Berikut merupakan senarai pemain negara yang bakal beraksi di pusingan 16 Malaysia Masters 2025:

Beregu LelakiĀ 

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

4) Choong Hon Jian-Muhd Haikal

5) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong

6) Kang Khai Xing-Aaron Tai

Beregu Wanita

7) Pearly Tan-M. Thinaah

8) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing

Beregu Campuran

9) Loo Bing Kun-Toh Ee Wei

10) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien