Empat daripada 10 wakil negara meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ketika permulaan yang kurang baik berikutazn kekalahan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, Loo Bing Kun-Toh Ee Wei, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong kepada lawan masing-masing, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menghadiahkan kemenangan pertama bagi menceriakan ribuan penyokong Malaysia.

Baca Juga:

Mereka yang merupakan pilihan kelima kejohanan beraksi cemerlang untuk menundukkan pasangan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dengan kemenangan 21-17, 21-13.

Suku Akhir
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Kemudian giliran gandingan nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin pula membuktikan kemampuan dengan menundukkan Chen Zhi Ray-Lin Yu Chen dari Chinese Taipei 21-19, 21-13.

Pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah tidak terlalu berdepan masalah untuk turut ke suku akhir hasil kemenangan ke atas Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapa Sukklad dari Thailand 21-13, 21-15.

Manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil terakhir negara selepas membenam cabaran pasangan Chinese Taipei, Ling Kuang Heng-Yang Po Han dengan ‘straight set’ 21-13, 21-16.

Suku Akhir
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Kemaraan baki dua lagi pasangan beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri dan Kang Khai Xing-Aaron Tai turut terhenti di pusingan ke 16.

Berikut merupakan senarai pemain negara yang bakal beraksi di suku akhir Malaysia Masters 2025:

Suku Akhir Malaysia Masters 2025

Beregu lelaki

1) Goh Sze Fe-Nur Izzuddin Rumsani

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

 Beregu wanita 

4) Pearly Tan-M. Thinaah