Kejohanan badminton Terbuka Perancis 2025 yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne sudah memasuki pusingan 16 pada hari ini dengan lapan daripada 14 wakil negara meneruskan kemaraan.
Kem negara kali ini menyaksikan barisan pemain pilihan berjaya mengelak daripada mengalami kejutan tersingkir seawal pusingan pertama.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Wang Tunai Bakal Diraih Pemain Dalam Terbuka Perancis 2025

- Senarai Pemain Badminton Malaysia Sertai Terbuka Perancis 2025

- Senarai Pemain Pilihan Yang Tersingkir Awal Di Terbuka Denmark 2025

Namun bagi wakil negara lain seperti Indonesia, China dan India, terdapat pemain pilihan yang terpaksa mengucapkan selamat datang buat kejohanan berstatus Super 750 ini.
Kejutan Awal Pemain Pilihan Terbuka Perancis 2025
Wakil tuan rumah yang merupakan pemain pilihan ketujuh kejohanan dalam acara perseorangan lelaki, Alex Lanier terpaksa menelan kepahitan tunduk kepada pemain muda Indonesia, Alwi Farhan 15-21, 16-21.
Dua pemain perseorangan wanita dari Indonesia iaitu Putri Kusuma Wardani (pilihan ketujuh) dan pilihan kelapan, Gregoria Mariska Tunjung terpaksa akur dengan kehebatan lawan masing-masing.
Putri Kusuma tewas kepada pemain muda Jepun, Tomoka Miyazaki 18-21, 15-21 manakala Gregoria pula tewas ditangan Fao Fang Jie dari China 21-18, 6-21, 13-21.
Dalam acara beregu lelaki, dua bekas pasangan ranking pertama dunia turut menerima nasib sama apabila Liang Wei Keng-Wang Chang selaku pilihan keempat ditumpaskan oleh rakan senegara, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han 17-21, 17-21 manakala Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pula dikecewakan pasangan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat 18-21, 20-22.
Dengan aksi pusingan 16 bakal berlangsung bermula jam 4.00 petang nanti, mungkin dapat disaksikan lebih ramai pemain pilihan tersingkir daripada persaingan merebut kejuaraan.