Leicester memasukkan pemain remaja mereka dalam aksi menentang Newcastle United pada pertemuan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Pemain remaja, Jeremy Monga itu masuk dengan jersi kosong tanpa penaja di hadapan jersinya.

pemain remaja berusia 15 tahun

Pada usianya baru 15 tahun 271 tahun menjadikan dia pemain kedua termuda bermain dalam EPL di belakang Ethan Nwaneri yang membuat debut untuk Arsenal pada usia 15 tahun 181 hari bersama Arsenal pada September 2022.

Kenapa?

Ini kerana pemain remaja tersebut baru berusia 15 tahun dan masih kanak kanak.

Dia tidak dibenarkan untuk memakai jersi yang mempromosikan tajaan perjudian tersebut.

Pasti ada yang bertanya, bagaimana pula dengan peminat remaja dan kanak kanak Leicester yang memakai jersi memaparkan tajaan syarikat judi?

Sebenarnya peraturan ini bukan peraturan awam di UK. Ianya cuma peraturan khas daripada EPL berkaitan dengan pemain remaja bawah umur mereka.

EPL tiada hak untuk melarang kanak kanak daripada memakai baju dengan label syarikat judi.

Namun EPL ada hak ke atas pemain yang bermain di bawah liga seliaan mereka.

Leicester ditaja oleh BC.Game, syarikat judi kripto atas talian, dan ianya tidak boleh dipakai pemain berusia 15 tahun itu.

Peraturan ini berkuatkuasa bermula 2005 lagi dan telah dipinda pada 2020. Di mana setiap pasukan EPL sudah berikrar untuk mengikuti garis panduan tersebut.

Jeremy Monga pemain remaja 15 tahun yang menjadi prospek

Jeremy Monga dianggap prospek kelab tersebut. Ruud Van Nistelrooy memuji pemain B-16 England itu.

Dan akui jika boleh dia mahukan pemain remaja itu lebih banyak masa berlatih bersama skuad utama.

Namun ada banyak kekangan termasuk sesi persekolahan pemain tersebut.

Leicester tewas 0-3 di tangan Newcastle. Menjadikan mereka pasukan EPL pertama kalah 8 perlawanan di tempat sendiri secara berturut turut tanpa sebarang gol.

Leicester