Bukan mudah untuk mencari duit dan pastinya hati kita kecewa apabila wang yang kita keluarkan tidak setimpal dengan apa yang kita dapat.
Itulah apa yang berlaku kepada Nora Danish apabila dia mendakwa kontraktor yang diupahnya gagal menyiapkan projek mengubahsuai rumahnya walaupun pembayaran sudah dibuat hampir 90%.
Baca Juga:
- Projek Terbengkalai Tapi Sudah Mula Bayaran Penuh, Mimpi Ngeri Buat Pembeli Rumah Di Gombak
- Bayaran Penuh Dibuat Tetapi Rumah Terbengkalai, Netizen Bongkar ‘Scam’ Syarikat Milik Artis Veteran
- Projek Hotel Terbengkalai Sejak 2011, Dr Rozmey Pasrah Kena ‘Scam’ RM6 Juta Dengan Bekas Sahabat
“Lock & Store bayar sejak Ogos. Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90%. Sekarang dah masuk bulan April. Nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polis lah jawabnya.” tulis Nora di Instastory.
Menurutnya, sepanjang tempoh renovation itu, dia dan keluarga telah tinggal di hotel lebih daripada 4 bulan dan seterusnya menetap di rumah ibunya selama 3 bulan.
“Salah saya sebab percaya seorang individu yang digelar ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki. Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor yang penipu dan tak berhati perut.
“Semua pakaian kami dalam beg plastik ikea. Kena korek setiap kali nak pakai. Nak start kerja pun susah. Anak-anak tidur sana sini.” tambahnya.
Susulan itu, Nora memberi tempoh sehingga minggu hadapan sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua individu tersebut. Malah, dia berharap dengan tindakan ini dapat buka mata semua pihak agar berhati-hati dalam memilih kawan dan juga kontraktor.