Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed menyatakan penurunan 11.74 peratus pembaziran makanan pada Ramadan tahun ini berbanding pada tahun sebelumnya.

Memetik Berita Harian, pengurangan ketara direkodkan dalam pelupusan makanan yang masih boleh dimakan daripada 37.05 peratus tahun lalu kepada 25.31 peratus tahun ini.

Baca Juga:

Menurut beliau, rekod itu mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menghargai makanan serta amalan perbelanjaan dan penyediaan juadah secara berhemah.

“Jumlah sisa pepejal dilupuskan meningkat 10.02 peratus pada 2025 berbanding 2024, sejajar pertambahan populasi, peningkatan aktiviti ekonomi dan perubahan corak penggunaan masyarakat.

“Bagaimanapun, trend pelupusan sisa makanan pada Ramadan menunjukkan penurunan konsisten setiap tahun, daripada 40.97 peratus pada 2025 dan menurun kepada 39.62 peratus pada 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, bagi Ramadan tahun ini, terdapat sedikit peningkatan pelupusan sisa makanan sebanyak 5.05 peratus berbanding bulan biasa, sejajar peningkatan keseluruhan sisa pepejal ke tapak pelupusan sebanyak 2.34 peratus.

Sumber