Baru-baru ini, jenama pakaian dalam terkenal antarabangsa, Victoria Secret mengumumkan model Nia Atasha terpilih untuk menjadi wajah kempen jenama itu bersama peserta Miss Universe 2018 Jane Teoh dan pelakon Thailand, Janie.

Menerusi satu temubual, Nia menganggap ianya satu penghormatan dipilih dan diberi peluang untuk menjadi model kepada jenama itu.

Baca Juga:

@ehmalaysia

Pertama di Asia, model @sleepylllama menjadi antara wajah kempen baharu @victoriassecretmy disamping peserta Miss Universe 2018 @janeteoh_ dan pelakon Thailand @janienineeleven memperagakan koleksi T-Shirt Bra meraikan keberanian dan menyerlahkan keyakinan wanita. #ehmalaysia #BeAuthenticBeYou @victoriassecretmy @valiram

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Menurut Nia, sejak memulakan karier sebagai model, dia ada menyimpan impian untuk menjadi wajah kempen jenama itu dan kini ianya menjadi kenyataan.

Selain berbakat besar dalam bidang peragaan, Nia juga turut menyerlah di dalam drama dan filem tempatan dengan pernah membintangi dalam karya Budak Tebing 3, Kuasa, IMperfect, Ceroboh, Gila Gusti dan Life Lila.

Walau bagaimanapun, pencapaian Nia sebagai wajah Victoria Secret mendapat perhatian orang ramai dan tidak disenangi segelintir netizen.

Rata-rata netizen berpendapat menyifatkannya tindakannya itu tidak sesuai dengan budaya dan adat resam Melayu. Selain itu, ada juga netizen yang mengucapkan tahniah kepada Nia di atas pencapaiannya itu.