Semalam Perodua telah tampil dengan jawapan mereka berkaitan dengan rungutan dan aduan seorang wanita yang merupakan pemilik kereta Bezza yang rosak hanya selepas 8 jam diterimanya.

Wanita itu kecewa kerana tidak mendapat unit kereta baharu dan ditawarkan penyelesaian yang tidak memuaskan seperti diminta membuat pinjaman membeli sebuah lagi kereta baharu.

Baca Juga:

Menurut Perodua mereka sudah menawarkan beberapa jalan penyelesaian. Antaranya, Perodua mahu membeli semula kereta tersebut daripada Nagakanni. Perodua menafikan mereka tidak serius menyelesaikan isu ini.

Berikut penjelasan Perodua:

“Kenyataan berhubung isu Perodua Bezza oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, Encik JH Rozman Jaafar

“Merujuk kepada aduan yang diterima daripada pelanggan kami mengenai kereta Perodua Bezza yang baru dibeli, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Perodua sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu.

“Sejak itu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.

“Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini.

“Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas is selesai.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.”

Namun jawapan diberikan Perodua jelas tidak memuaskan hati wanita bernama Nagakanni Subramaniam.

Dia berkata:

“Perodua dah jawab, tapi masih tiada solusi. First of all, terima kasih pada you guys semua yang share dan viralkan posting saya ni, terutamanya TTKM yang jadi orang pertama share.

“Juga termasuk media-media yang share. Saya terharu dan sangat terhutang budi. Saya dimaklumkan Perodua dah jawab, tapi saya nak betulkan sedikit fakta.

“‘We have taken several actions to resolve the matter including by offering her a courtesy car and we have proposed to buy back her car’ – Perodua

“Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.

“Ada jaminan secara black and white tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar loan pertama? Takde. Dah lebih 2 bulan masih belum ada apa apa maklumat secara detail mengenai pembelian balik , tempoh pembelian balik ,pembayaran loan dan semua tu.

“Isunya mudah. Saya beli kereta dengan Perodua – Engine rosak kononnya sebab ada material asing seperti gula – Saya tak dapat replacement kereta baru – Saya masih kena bayar kereta tu setiap bulan.

“Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan. Tapi mana black and white tu? Sehingga hari ini saya masih belum ada…

“Jangan buat media statement hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya. Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral.”