Seorang pengusaha rumah inap atau homestay memberikan amaran kepada pemilik yang lain agar tidak menerima kedatangan seorang penginap yang dianggap sangat teruk.

Banyak kerosakan yang ditinggalkan pelanggan itu. Membuatkan pemilik rumah inap itu menanggung banyak kerugian.

Dalam kumpulan Facebook, pemilik rumah inap itu mendedahkan bagaimana seorang penginap memaksa mereka untuk memberikan dia akses lebih awal.

Menurutnya, mereka hanya membenarkan penginap baharu masuk pada 2 petang. Namun pelanggan tersebut mendesak mereka agar membenarkannya masuk pukul 12 petang atas alasan mahu solat Jumaat.

Lalu tuan rumah pun memberikan budi bicara untuk membenarkannya. Lebih lebih lagi alasan yang digunakan adalah untuk solat Jumaat.

Malangnya kebaikan tuan rumah tidak berbalas. Di mana keadaan rumah tersebut dianggap menyedihkan apabila penginap tersebut sudah check out. Di mana penginap tersebut mengubah katil dengan ada rokok dalam almari.

Seterusnya, barang-barang bawah katil diselongkar, sampah bersepah dan kerosakan di pintu turut berlaku dan di beberapa bahagian yang lain lagi.

Pemilik rumah inap itu menegaskan bahawa mereka kecewa kerana sudah memberikan rumah yang bersih dan cantik namun menjadi sangat kotor apabila ditinggalkan. Seterusnya di sinki juga berbau dengan makanan yang sudah berulat.

Ramai yang berharap mereka tidak berjumpa dengan pelanggan seperti itu. Kerana ianya pasti menjadi mimpi ngeri buat seorang pemilik perniagaan homestay.