Memang tidak dinafikan dengan kehadiran kod QR sangat memudahkan urusan pembayaran di dalam seharian. Namun, penjenayah juga semakin licik dalam mengambil kesempatan dengan kemudahan tersebut.

Terbaharu, pemilik sebuah kafe di Oakland Commerce Square, Seremban mendedahkan tentang kewujudan penipuan kod QR yang licik yang dihadapinya baru-baru ini.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Yingzz

Terima kasih kepada pelanggan yang peka, kafe tersebut berjaya menggelak daripada perangkap wang yang licik. Kafe ini menjadi sasaran selepas berjaya meraih populariti sejak baru beberapa bulan membukanya.

Pemilik kafe itu berkongsi bagaimana seorang pelanggan yang menyedari perkara ganjil sewaktu ingin membuat pembayaran menerusi e-dompet. Namun dapat dilihat nama yang tertera pada sistem pembayaran adalah nama seorang individu dan bukannya nama kafe terbabit.

Sumber Gambar: FB Yingzzz

Setelah diperiksa dengan lebih teliti, mereka berjaya membongkar bahawa kod QR kafe itu telah digantikan secara senyap dengan kod QR yang palsu. Pelekat kod QR berkenaan telah direka untuk mengalihkan pembayaran ke akaun individu yang tidak dikenali.

“Orang seperti ini mungkin memiliki sejumlah pelekat kod QR padanya. Ke mana mereka pergi, mereka mungkin mengambil peluang untuk melekatnya,” ujar pemilik kafe tersebut.

Menerusi laporan China Press, pemilik kafe juga mempersoalkan motif disebalik tindakan tersebut. Hal ini memandangkan betapa mudahnya kod QR ini boleh dijejak semula kepada pemilik akaun seseorang. Terdapat kemungkinan juga ini hanyalah prank yang disengajakan.

Kod qr
Sumber Gambar: FB Yingzz

Malang sekali, sistem kamera litar tertutup pula rosak sewaktu kejadian, menyebabkan identiti pelaku tidak dapat diketahui.

Susulan insiden itu, pemilik kafe tersebut mengingatkan kepada semua pemilik bisnes untuk lebih berwaspada dengan kod QR mereka dan pertimbang mengambil langkah berjaga seperti mengaktifkan notifikasi pembayaran demi keselamatan yang lebih baik.

Menerusi insiden tersebut, ia menjadi peringatan buat para pemilik bisnes untuk lebih berhati-hati dalam memastikan keselamatan pelanggan dan kewangan terhadap penipuan licik tersebut.