Walaupun sudah banyak kali kes penipuan terbongkar, namun masih ramai orang menjadi mangsa kerana terpedaya mahu mendapat keuntungan berlipat kali ganda dengan mudah.

Baru-baru ini seorang wanita berusia 51 tahun hilang wang simpanan RM585,700 selepas melabur dalam skim pelaburan tidak wujud, bulan lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Berita Harian, ibu kepada seorang anak itu ditawar keuntungan 51 kali ganda dengan hanya melabur RM300. Beliau dikatakan sanggup mengeluarkan duit simpanan Tabung Haji, simpanan tetap bank, Amanah Saham Nasional serta menjual dan menggadai beberapa barang kemas semata-mata untuk ‘mengejar’ keuntungan pelaburan itu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata mangsa membuat laporan mengenai penipuan pelaburan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin jam 11.04 pagi kelmarin.

Berdasarkan laporan katanya, mangsa mendakwa dia berhubung dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang memperkenalkan diri sebagai pegawai perunding bagi pelaburan berkaitan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 5 Oktober lalu.

“Wanita itu memberitahu plan skim pelaburan itu hanya to tiga hingga enam jam sahaja dan mangsa (pengadu) boleh membuat pelaburan sebanyak RM300 akan memperoleh keuntungan sebanyak RM15,467.

“Suspek juga menyatakan tiada yuran broker dan caj tersembunyi dikenakan untuk pelaburan MIDA itu selain pemindahan pulangan segera dan kos pelaburan yang rendah dengan keuntungan besar hingga menarik minat mangsa,” katanya.

Oleh kerana teruja dengan tawaran ‘menarik’ itu, mangsa membuat satu transaksi berjumlah RM300 ke akaun Maybank atas nama seorang individu dikenali ‘Abang Rahmani bin Abang Mohidin’.

Kemudian beliau telah membuat 64 transaksi lagi ke dalam 31 pemilik akaun berjumlah RM585,400 bagi pelaburan itu.

“Wanita itu hanya menyedari ditipu apabila diberitahu pihak syarikat telekomunikasi meminta bayaran pendahuluan bil telefon bagi pelaburan itu berjumlah RM10,000 dan tampil membuat laporan polis,” katanya.

Hasil siasatan lanjut juga mendapati suami wanita itu tidak mengetahui kejadian tentang kejadian tersebut. Mangsa hanya menceritakan kepada abang kandung selepas kesemua RM585,700 wang simpanannya habis ditipu.

Sumber