Perkongsian seorang pemilik restoran yang terletak di Kelantan mendedahkan dia agak terkilan kerana tidak menerima lagi penghantaran kek donut dari Ikhwan Bakery yang dinaungi oleh syarikat GISBH yang kini terpalit dengan pelbagai isu dalaman.

Di dalam video yang dikongsi di Facebook, pemilik mendedahkan restorannya dahulu sedia menerima penghantaran kek donut dari vendor Ikhwan Bakery.

Gisbh
Sumber Gambar: FB

Dia langsung memuji kek donut yang dihasilkan sememangnya sedap dan paling utama sekali murah untuk dibeli. Tambahnya lagi, Ikhwan Bakery juga merupakan vendor terbaik dan paling senang berurusan selama ini. Ini termasuklah mereka sentiasa menepati permintaan keadaan pada setiap hari.

Sebarang lebihan kek donut yang tidak terjual pada hari itu pula akan disedekahkan sahaja kepada orang ramai.

Susulan ketiadaan lagi Ikhwan Bakery, dia membuka peluang kepada vendor lain yang mahu meletakkan barangan jualan di restorannya.

Gisbh
Sumber Gambar: FB

Dia turut mengingatkan agar vendor yang bersetuju untuk konsisten menghantar produk seperti yang dipinta dan bukan ikut suka hati. Video berkenaan turut digandingkan dengan lagu yang bermain dengan perasaan seolah-oleh mengambarkan sedang sedih dengan ketiadaan Ikhwan Bakery itu.

Perkongsian lelaki itu telah menjadi perhatian dan menerima pelbagai reaksi dari netizen tempatan.

Sebahagian berpendapat itu satu perkembangan baik kerana perniagaan Ikhwan Bakery mempunyai sisi gelap seperti yang tular baru-baru ini. Netizen turut merasakan penawaran harga yang murah boleh dicapai dek kerana ada laporan mengatakan yang mereka tidak membayar upah kepada pekerja.

Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB

Sementara sebahagian lain turut meluahkan kekecewaan kerana satu empayar bisnes yang besar telah jatuh dek dakwaan kerana hasad dengki pesaing lain.