Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff, menyatakan terdapat kemungkinan kegiatan pengedaran dadah di Kelantan menggunakan lembu dan kambing dengan bekalan dadah itu disumbat dalam dubur haiwan terbabit.
Dakwaan itu berdasarkan maklumat awal yang diperoleh pihaknya dan situasi itu berlaku sejak beberapa bulan lalu, petik Berita Harian.
Baca Juga:
- Pelajar UM Cipta ‘Kelantanlingo’, Mudahkan Orang Ramai Faham Dialek ‘Kelate’

- ‘Asyik Kedai Makan Je’ – Netizen Kelantan Minta ‘Adjust’ Buka Panggung Wayang Di KB Mall

- ‘Kalau Ada, Kita Buat Siasatan Segera & Terperinci’ – Polis Kelantan Belum Terima Laporan Kes Curi Kabel ECRL

Tambahnya lagi, haiwan itu masuk ke negara ini secara sah.
“Saya mendapat maklumat lembu yang dibawa masuk dari Thailand akan dikuarantin selama dua minggu dan pemilik lembu berkenaan sepatutnya bertanggungjawab memberi makanan kepada binatang itu.
“Namun sebaliknya yang berlaku apabila pemilik tidak memberi makan kepada lembu atau kambing berkenaan, mungkin mereka tidak mahu binatang itu berak dan mengeluarkan bahan terlarang seperti dadah.
“Jadi berdasarkan situasi itu, kita tidak menolak kemungkinan bekalan dadah disumbat dalam dubur binatang itu namun siasatan lanjut sedang dijalankan memandangkan setakat ini kita belum mendapat kes berkaitan dadah dalam badan binatang,” katanya.
Pada masa sama pihaknya tidak menolak kemungkinan pemilik lembu berkenaan bukan menjadi orang tengah, sebaliknya mendalangi kegiatan dadah.
“Justeru kita akan meningkatkan risikan dan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar berhubung kemungkinan taktik ini digunakan supaya dapat melakukan pencegahan dari awal,” katanya.