Noni Madueke sah sertai Arsenal dari Chelsea dengan yuran perpindahan sekitar £52 juta.
Madueke menjadi satu lagi rekrut Mikel Arteta dari Chelsea. Selepas mendapatkan pemain seperti Kai Havertz, Willian, Jorginho dan Kepa Arrizabalaga.
Sementara Raheem Sterling menyertai Arsenal secara pinjaman sebelum ini.
Noni Madueke becomes the sixth player to switch Chelsea for Mikel Arteta’s @Arsenal 🔴➡️🔵 pic.twitter.com/tkeZPrWwCh
— Premier League (@premierleague) July 18, 2025
Peminat Arsenal berharap Madueke akan menjadi Mo Salah atau Kevin De Bruyne yang baharu.
Di mana 2 pemain tersebut menjadi pemain yang disingkirkan oleh Chelsea ke kelab lain dan kemudian menjadi legenda di kelab masing masing selepas itu.
De Bruyne menikmati karier yang cemerlang bersama kelab terutama sekali dengan Man City. Di mana pemain itu membantu kelab itu menjuarai EPL dan UCL serta beberapa trofi yang lain.
Begitu juga Mohamed Salah yang dianggap legenda hidup untuk Liverpool. Membantu kelab itu menjuarai UCL dan EPL dan juga beberapa siri kejuaraan yang lain.
“Saya berharap ini adalah satu lagi versi Mo Salah atau Kevin De Bruyne yang dijual oleh Chelsea. Selamat datang Noni Madueke.
I am hoping this is another Salah and KDB sale by Chelsea
Welcome Noni— Ekom Greg Udoakang (@GregEkom) July 18, 2025
Peminat yang lain pula menyatakan bahawa, ini bukti besarnya Arsenal berbanding Chelsea apabila pemain seperti Madueke sanggup meninggalkan Chelsea yang baru memenangi Piala Dunia Kelab untuk datang ke Arsenal.
“Kamu tinggalkan Chelsea dan Piala Dunia budak budak mereka dan sertai Arsenal. Kita kelab besar.”
You left Chelsea and their childish World Cup to sign for Arsenal. We are massive. !
— DEMAGOGUE PhD.💘senior advocat (@von_Bismack) July 18, 2025
Noni Madueke meninggalkan Chelsea untuk ke sebuah lagi kelab London. Sepanjang bersama Chelsea, pemain antarabangsa England itu sudah membantu kelab itu memenangi Liga Persidangan Eropah dan Piala Dunia Kelab 2025.
Dia dijangka akan memainkan peranan penting untuk skuad Arteta. Selain daripada menjadi sandaran untuk Bukayo Saka, dia juga boleh bermain di sayap kanan.