Rekrut baharu Arsenal, Noni Madueke menyimpan impian besar untuk membantu pasukannya memenangi kesemua kejohanan yang disertai pada musim 2025/26.
Selain English Premier League (EPL) dan dua lagi kejohanan domestik iaitu Piala FA dan Piala Carabao, Arsenal turut memburu kejuaraan UEFA Champions League (UCL) buat pertama kali dalam sejarah kelab tersebut.
Baca Juga:
- Peminat Arsenal Mahu Madueke Jadi Satu Lagi Mo Salah Atau De Bruyne

- Martin Zubimendi Sertai Arsenal Untuk Menang Trofi

- Gyokeres Bengang Nak Sertai Arsenal Atau Man United, Presiden Sporting Tak Lut Dengan Ugutan Dan Cacian

Sehubungan dengan itu, Madueke yang hadir ke Emirates Stadium dengan tanda harga £52 juta meluahkan keyakinan untuk membantu Arsenal dalam mencapai kejayaan diharapkan.
Madueke menjadi pemain kedua dari Chelsea pada musim baharu ini dibawa masuk ke Arsenal selepas penjaga gol kelahiran Sepanyol, Kepa Arrizabalaga.

Walaupun mendapat tentangan penyokong, Mikel Arteta tetap melihat ada sesuatu yang istimewa mampu dijelmakan pemain sayap itu.
“Saya memang jenis yang banyak bergantung pada gerak hati dan setakat ini ia sentiasa membawa saya ke arah yang betul,” ujar Noni Madueke menurut sumber laporan Goal.
“Jadi saya tak rasa situasi kali ini akan berbeza. Saya percaya ini akan jadi satu kejayaan besar dan saya sangat gembira berada di sini.”
“Saya hanya tenang menunggu ‘lampu hijau’, dan bila saya datang hari ini, semuanya terasa begitu nyata. Saya sangat gembira dan berasa bangga.”
“Ini detik yang sangat bermakna buat saya. Seronok dapat pulang ke rumah bersama ibu dan ayah. Saya tahu ibu memang rindu suasana ketika saya ada di rumah.”

Impian Noni Madueke Bersama Arsenal
“[Sasaran musim 2025/26] untuk memenangi semua kejohanan yang kami sertai. Saya rasa kami memang berkemampuan untuk melakukannya.”
“Pada masa sama, saya juga mahu membantu pasukan dalam apa jua cara yang saya mampu dan terus berkembang bukan sahaja sebagai pemain tetapi juga sebagai individu,” tambah beliau lagi.