Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjawap khabar angin yang mengatakan Korea Selatan mahu mendapatkan khidmat ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon untuk kembali menabur bakti bersama pasukan itu.
Dalam satu sidang media baru-baru ini, Naib Presiden FAM iaitu Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjawap khabar angin itu dimana beliau menegaskan tiada sebarang usaha oleh Korea bagi memanggil semula Pan-gon dimana perkara itu hanya permintaan peminat negara itu ketika temasya Piala Asia 2023 sedang berlangsung.
Baca Juga:
- FAM Pantau Perkembangan Pemain Kacukan Di Luar Negara
- Faisal Halim Dedah Perbualan Sebenar Dengan Son Heung-Min
- Akram Afif Dipilih Sebagai Pemain Terbaik Piala Asia 2023
“Permintaan orang luar itu menang begitu. FAM ada perancangan tersendiri berkenaan Kim Pan-gon. FAM melihat bahawa peningkatan pasukan yang dibawa oleh Pan-gon agak baik dan kita mesti teruskan.
“Aksi lawan Oman juga semakin hampir. Korea Selatan setakat ini tidak ada membuat permintaan rasmi untuk mengambil Pan-gon. Tak mungkin Korea Selatan akan panggil beliau balik dalam keadaan kita memerlukan beliau. FAM sudah sambung kontrak Pan-gon dan kita ada pelan yang panjang dengannya,” katanya.
Korea Selatan sekali lagi gagal dalam usaha mereka untuk memenangi Piala Asia sejak dua edidi awal selepas kecundang di tangan Jordan pada perlawanan peringkat separuh akhir.
Ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann menerima kritikan hebat dari peminat Korea dimana ramai yang menilai pasukan itu tidak menampilkan prestasi yang memberangsangkan walaupun dibarisi oleh beberapa pemain yang beraksi di liga ternama Eropah seperti Son Heung-min (Tottenham Hotspur), Lee Kang-in (Paris Saint-germain) dan Hwang Hee-chan (Wolverhampton Wanderers).
Selepas aksi terakhir kumpulan E menentang Malaysia yang menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya mengikat Korea dengan keputusan 3-3, ada segelintir peminat yang mahu Klinsmann dipecat dan digantikan dengan Pan-gon.
Menurut mereka, Malaysia menampilkan prestasi yang baik sejak dibimbing oleh pengendali berusia 54 tahun itu sejak dua tahun lalu dan ada baiknya Pan-gon kembali ke negara asalnya dan menabur bakti bersama skuad kebangsaan.