Kegagalan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang diterajui Hans Isaac dalam menjaga padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) nyata membuatkan kesabaran peminat bola sepak negara sampai ke penghujung.
Ketika aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman semalam, episode padang tercabut kembali berulang dan serta merta viral di laman media sosial.
Baca Juga:
- Isu Padang Berlarutan, Peminat Minta Hans Isaac Letak Jawatan
- Hans Isaac: Itu Bukan Gambar Semalam Atau Hari Ini, Kita Tunggu Hari Perlawanan
- Padang SNBJ Terjejas, Peminat Serang Instagram Hans Isaac
🤷♂️ pic.twitter.com/C0sKIJ2mxf
— Ahmad Ridzuan AG (@AhmadRidzuanAG) March 26, 2024
Kejadian berulang ini nyata membuatkan peminat bola sepak tanah air berasa marah dan kecewa kerana isu yang sama sekali lagi terjadi ketika pasukan negara beraksi di SNBJ.
Tinjauan di laman media sosial menunjukkan ada peminat yang melancarkan petisyen yang meminta Hans Isaac dan barisan pengurusan PSM agar segera meletak jawatan.
Antara sebab mengapa petisyen tersebu dilancarkan adalah kerana pihak pengurusan dianggap gagal dalam menjaga serta memastikan padang SNBJ berada dalam keadaan terbaik untuk digunakan bagi tujuan skuad kebangsaan.
Sekiranya anda berminat untuk menandatangani petisyen tersebut, anda boleh klik di sini.
Pada perlawanan semalam, hajat untuk melihat Malaysia bangkit daripada kekalahan minggu lalu tidak kesampaian selepas tewas 0-2 di tangan Oman.
Dengan kekalahan kedua berturut-turut yang dialami, skuad negara kini menghuni tangga ketiga dengan enam mata manakala Oman ditangga kedua hasil sembilan mata diperolehi.
Omar Al-Malki yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti tidak berdepan masalah untuk menamatkan aksi babak pertama dengan kelebihan 1-0 buat pasukan pelawat.
Oman berpeluang untuk menambah jaringan kedua tetapi percubaan leret Salaah Al-Yahyaei sekadar singgah di tiang gol dan Cools mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Beberapa pertukaran dilakukan Kim Pan-gon dalam usaha memburu jaringan penyamaan dengan memasukkan Endrick Dos Santos, Brendan Gan, Paulo Josue dan Akhyar Rashid masih gagal untuk membuahkan hasil.
Sebaliknya, Oman yang hadir sekali sekala dengan serangan balas pantas dilihat lebih memberikan ancaman ke kubu Malaysia dan berjaya menambah jaringan kedua pada minit ke-94 hasil gol Mohammad Al Ghafri.