Peminat mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap cytro dan troll page di media sosial yang sering memuat naik isi kandungan yang menyebarkan kebencian terhadap pemain dan juga sesama penyokong.

Selepas kes simbah asid yang dialami oleh pemain sayap Selangor iaitu Faisal Halim baru-baru ini, peminat bola sepak tanah air mula jelak dengan tindakan segelintir cytro dan page troll yang seolah-olah tidak sensitif dengan kejadian yang menimpa Faisal.

Baca Juga:

Ada pihak yang menganggap kejadian tersebut sebagai satu perkara yang kelakar sekaligus mencetuskan kemarahan peminat bola sepak tanah air.

Sebelum ini, beberapa akaun di media sosial sering memuat naik kandungan yang menyasarkan pemain negara seperti Faisal selain menjadi batu api dengan memprovokasi peminat pasukan lain.

Perkara ini sekaligus mencetuskan pergaduhan di media sosial antara penyokong sekaligus memecah belahkan rakyat yang sepatutnya bersatu.

Selepas kejadian semalam, tinjauan wakil kami di hospital menunjukkan Faisal mengalami luka bakar yang diklasifikasikan sebagai second degree burn ekoran disimbah asid di beberapa bahagian badannya.

Selain Faisal, pemandu peribadinya juga dilaporkan mengalami kecederaan selepas terkena renjisan dari asid yang dilemparkan oleh individu tidak dikenali tersebut.

”Faisal Halim mengalami trauma selepas kejadian yang menimpa dirinya dan seluruh ahli keluarga berada di hospital ketika ini bagi memberi sokongan terhadap beliau,” kata wakil Vocket FC.

Sebelum ini, seorang lagi pemain sayap skuad kebangsaan iaitu Akhyar Rashid turut mengalami kejadian tidak diingini dimana beliau disamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Dalam kejadian tersebut, Akhyar bukan saja disamun tetapi beliau turut mengalami cedera dibahagian kepala kerana dipukul individu tidak dikenali.

Pemain berusia 25 tahun itu juga kerugian RM4,800 selepas beg tangan jenama LV dan dompet jenama Coach dilarikan dua penjenayah yang memakai jaket hoodie berkenaan.

Peminat bola sepak tanah air menggesa agar pihak polis segera menjalankan siasatan menyeluruh dan membawa si pelaku ke muka pengadilan.