Peminat Manchester United mensasarkan kritikan mereka ke atas Casemiro selepas kekalahan memalukan di tangan Liverpool.
Man United kalah 0-3 pada aksi pra musim Jelajah Amerika Syarikat mereka.
Gol gol Liverpool terhasil menerusi Fabio Carvalho, Curtis Jones dan Kostas Tsimikas.
Peminat Man United segera mengalihkan kritikan mereka kepada Casemiro yang dianggap beraksi dengan sangat teruk.
Prestasi Casemiro merudum pada musim lalu walaupun dia cemerlang pada musim debutnya. Peminat merasakan sudah tiba masanya untuk Man United menjual pemain tersebut.
Misalnya pada gol pertama Liverpool ini, Casemiro dianggap terlalu mudah diperdaya oleh pemain lawannya.
Casemiro you make me sick.. pic.twitter.com/OWnlC4ngjD
— Frank๐ง ๐ณ๐ฑ (fan) (@TenHagEra) August 3, 2024
Casemiro merupakan salah seorang penerima gaji tertinggi di EPL. Prestasinya benar benar merisaukan peminat Manchester United selepas musim lalu yang mengecewakan di dalam Liga Perdana Inggeris.
Watching this back 4 & Casemiro. pic.twitter.com/I42AaLZwdt
— ๐ง๐ฒ๐ป ๐๐ฎ๐ดโ๐ ๐ฅ๐ฒ๐ฑ๐ โ๐ผ๐ณ๐ฑ (@TenHagBall_) August 4, 2024
Ada peminat yang mencadangkan bahawa, sudah tiba masanya untuk Casemiro memikirkan karier seterusnya ke Arab Saudi kerana dia sudah tidak berada di tahap yang selayaknya untuk kelab seperti United.
@davidrook he has been cooked twice in 3 pre season games.
— Brandon Edwards (@King_Edwards98) August 4, 2024
Man United akan berdepan dengan Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti Inggeris.
Erik Ten Hag pada masa yang sama masih berharap akan dapat menandatangani beberapa pemain lagi. Nama Noussair Mazraoui dan De Ligt antara yang dijangka akan menyertai United sebelum jendela perpindahan ditutup.
Terutama sekali selepas Leny Yoro mengalami kecederaan yang memaksa pertahanan baharu mereka itu berehat sekitar 3 bulan.