Peminat Manchester United kecam INEOS yang dianggap semakin teruk dalam menguruskan kelab itu.

INEOS yang memiliki sebahagian saham dalam Man United berkuasa dalam mengendalikan hal ehwal kesukanan kelab itu.

Populariti INEOS sebelum ini sangat tinggi di kalangan peminat United.

Peminat Manchester United kecam INEOS

Namun kini perkaraa itu semakin berubah. Kerana semakin ramai peminat mulai hilang kepercayaan ke atas INEOS.

Peminat United turut menyatakan kemarahan mereka ketika aksi di antara Man United dan Wolves semalam. Di mana ramai menyatakan kemarahan mereka tentang kenaikan tiket.

Peminat Manchester United Kecam INEOS Sebagai Semakin Teruk

Satu sepanduk bertulis: “Sir Jim, apa dah jadi ke atas kelab yang kami cintai ini?

“Kamu tahu harga segala-galanya dan tiada nilai untuk  kesetiaan.”

Selepas membeli pegangan minoriti dalam United disahkan, Ratcliffe menjelaskan bahawa dia mahu memperbaiki hubungan antara kelab dan peminat.

Manchester United Kalah Lagi Buat Kali Ke-15

Bagaimanapun, langkah penjimatan kos yang diambil untuk mengukuhkan keadaan kewangan kelab telah terbukti tidak popular, terutamanya keputusan untuk memotong ratusan pekerjaan di Manchester.

Ratcliffe tak berdiam diri jika terlalu dimaki

Bercakap pada bulan Mac, Ratcliffe menegaskan bahawa dia akan meninggalkan kelab itu jika dia mengalami layanan yang sama seperti Glazers.

Jim Ratcliffe
Jim Ratcliffe. Sumber Gambar: Reuters

“Ia [penderaan] boleh menjadi tidak menyenangkan,” katanya kepada The Times.

“Dan saya mungkin gagal dalam bidang yang menyeronokkan ini.

“Maksud saya, saya boleh bersabar untuk seketika. Saya tidak kisah menjadi tidak popular kerana saya dapati bahawa tiada siapa yang suka melihat Manchester United di tempat mereka berada.

“Dan tiada siapa yang suka keputusan yang perlu kita buat pada masa ini. Jika saya menarik sedikit kemarahan, saya boleh bersabar dengan itu.

“Tetapi saya tidak berbeza dengan orang lain. Ia tidak bagus, terutamanya untuk rakan dan keluarga. Dan jika penderaan itu berada di tahap yang keluarga Glazer telah didera, maka saya perlu berkata, lihat, cukuplah, biarkan orang lain melakukan ini.

Protes ke atas jelajah Asia

Sebelum ini peminat Manchester United kecam INEOS berikutan pengumuman kelab mengenai jelajah pasca-musim ke Kuala Lumpur dan Hong Kong – menurut laporan GOAL.

Amorim
Soccer Football – Europa League – Quarter Final – Second Leg – Manchester United v Olympique Lyonnais – Old Trafford, Manchester, Britain – April 17, 2025 Manchester United’s Harry Maguire celebrates scoring their fifth goal with teammates REUTERS/Phil Noble

Mereka menuduh Sir Jim Ratcliffe dan INEOS mementingkan keuntungan kewangan berbanding kebajikan pemain.​

Jelajah Asia ini dijadualkan berlangsung sejurus selepas perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris pada 25 Mei, di mana skuad akan terbang ke Asia untuk dua perlawanan persahabatan.

Ramai penyokong mengingatkan kembali pengalaman dan kesan negatif semasa era Erik ten Hag, di mana jadual padat dan perjalanan jauh dikatakan memberi kesan buruk kepada prestasi Manchester United.

ten Hag rindukan
Kredit Foto: REUTERS/Marcelo Del Pozo

Kritikan tertumpu kepada keputusan pengurusan yang dilihat mengabaikan keletihan pemain dan risiko kecederaan, terutamanya selepas musim yang mencabar.

Seterusnya berlaku kesukaran dalam urusan jual beli pemain yang memaksa beberapa pembelian tiba lewat.

Peminat Manchester United kecam INEOS dengan mendakwa bahawa keputusan ini lebih didorong oleh kepentingan komersial daripada pertimbangan terhadap kesejahteraan pemain.