Animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Monsta Studio iaitu BoboiBoy dan Mechamoto telah menjadi fenomena di peringkat global. Di Indonesia, siri animasi menjadi bualan hangat dan diminati oleh pelbagai lapisan umur.
Seorang peminat Mechamato dari Indonesia teruja apabila berkesempatan mengunjungi Bandar Hilir Melaka yang menjadi inspirasi latar tempat untuk siri animasi tersebut.
Baca Juga:
- Pelakon Suara BoBoiBoy Sah Berkahwin, Netizen Ucap Terima Kasih Kerana Mewarnai Zaman Kanak-Kanak
- Mechamato Jadi Pilihan Ibu Bapa Di Jepun Kerana Tiada Unsur Negatif Untuk Kanak-Kanak
- Mechamato Bawa Pulang ‘Anime Fan Award’ Di Tokyo
Beliau malah berkongsi keterujaan bersama adiknya sebagai peminat animasi itu menerusi satu hantaran di laman X di akaun peribadinya @puffclawndoryn.
“Ini merupakan kali pertama saya berkunjung ke Malaysia,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik pada 14 November baru-baru-ini.
Teruja melihat landskap kota sebenar
Malah ketika berada di Bandar Hilir Melaka, mereka tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila melihat landskap kota yang mirip dengan Kota Hilir dalam Mechamato.
“Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya dapat melihat set penggambaran BoboiBoy x Mechamato di depan mata,” katanya lagi.
Sudah menjadi peminat tegar sejak sedekad lalu
Menerusi ciapan berkenaan, beliau terlalu teruja ketika menjejakkan kaki di bandar tersebut sehingga menitiskan air mata. Malah, wanita tersebut berkongsi bahawa beliau dan adik perempuannya merupakan peminat tegar Sphereverse dari sedekad lalu.
Untuk makluman, Spheraverse merupakan satu universe yang menempatkan watak-watak animasi dalam siri animasi yang dihasilkan Monsta Studio iaitu BoboiBoy dan Mechamato.
Menyifatkan sebagai pencapaian terbesar dalam hidup
Dalam pada itu, wanita berkenaan menyifatkan pengalaman berkunjung ke Melaka adalah antara pencapaian terbesar yang pernah berlaku dalam hidup mereka.
Menerusi ciapan yang sama, wanita berkenaan turut berkongsi gambar lokasi-lokasi yang dilawati yang mana menjadi tarikan utama di Bandar Hilir Melaka yang sempat dikunjungi mereka.
Antara lokasi bersejarah yang dikunjungi mereka berdua adalah Sungai Melaka dan Bangunan Stadthuys. Kedua-dua lokasi tersebut turut menjadi inspirasi kepada Kota Hilir dalam Mechamato.
Sementara di ruangan komen, warganet Malaysia meluahkan rasa kegembiraan dan menyambut baik akan kedatangan mereka ke sini.
Welcome to Malaysia!
— noriman (@norimansaffian) November 14, 2023
I know exactly how it feels. Enjoy Malaysia ya.
— Januar Haikal (@Januarhaikal) November 14, 2023
My hometown, selamat datang ke Melaka both of you. Enjoy ur holiday 🥰
— 𝒂𝒊𝒆𝒏𝒔𝒚𝒂𝒎𝒔𝒖𝒍™🌺🇲🇾 (@aiensyamsul) November 14, 2023
Selain memiliki peminat Mechamato di Indonesia, tahukah anda siri animasi ini turut menjadi hiburan utama buat kanak-kanak di negara matahari terbit?