Bola sepak tanah air dikejutkan dengan kejadian kes samun yang dialami oleh pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Dalam kejadian tersebut, Akhyar bukan saja disamun tetapi beliau turut mengalami cedera dibahagian kepala kerana dipukul individu tidak dikenali.

Baca Juga:

Akhyar Rashid
Screenshot

Kejadian ini nyata mengejutkan ramai pihak khususnya penduduk setempat kerana amat jarang berlaku kes samun di bandar berkenaan.

Oleh itu, peminat skuad Penyu terutamanya mula berspekulasi dimana mereka menganggap kejadian yang berlaku tidak hanya kes samun tetapi ada motif lain yang cuba dilakukan oleh pihak yang tidak dikenali.

Spekulasi ini muncul ekoran jarangnya kejadian samun di bandar berkenaan dan juga keadaan Akhyar yang dipukul di kepala dengan menggunakan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki sehingga menerima enam jahitan akibat kecederaan pada bahagian kepala dan tapak kaki kiri.

Pemain berusia 25 tahun itu juga kerugian RM4,800 selepas beg tangan jenama LV dan dompet jenama Coach dilarikan dua penjenayah yang memakai jaket hoodie berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati Akhyar Rashid telah didatangi dua lelaki tersebut sejurus keluar dari kereta yang diletakkan di hadapan apartmen rumahnya.

Akhyar baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-25 pada 1 Mei lalu dan menerusi laman media sosial miliknya beliau dilihat meraikannya dengan rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Bekas pemain Kedah Darul Aman itu menyertai Terengganu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) berserta seorang lagi pemain iaitu Safawi Rasid.

Kedua-dua pemain banyak diturunkan dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih pasukan iaitu Tomislav Steinbrückner dalam beberapa perlawanan pra musim yang dihadapi sebelum ini.