Internet personaliti dan seorang streamer, IShowSpeed ternyata membuat netizen huru-hara apabila ramai yang mengambil peluang untuk mengejarnya ke mana sahaja dia pergi di dalam Malaysia.
Bagaimanapun terdapat insiden kemalangan yang berlaku melibatkan peminatnya pada malam tadi dan ia dirakam semasa sesi live berlangsung.
Baca Juga:
- IShowSpeed Terkesima Dengan Kesedapan Burger Ramly
- Penangan IShowSpeed: Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup Pintu, ‘Fans’ Tak Terkawal
- Peminat Cemas Hampir Kehilangan IShowSpeed Kerana Tercekik Durian Ketika Di Malaysia
Menerusi video yang tular di laman Reddit, ketika IShowSpeed berada di dalam keretanya, dia ada terdengar bunyi hon dan jeritan yang kuat.
Kemudian internet selebriti itu membuka tingkap untuk melihatnya sambil mengeluarkan tangan membuat isyarat kepada peminatnya itu.
Selang satu saat kemudian, jelas kedengaran bunyi kemalangan berlaku. IShowSpeed segera mengeluarkan kepalanya daripada tingkap untuk melihat kemalangan yang terjadi itu.
“Apa yang terjadi sebentar tadi?” soal IShowSpeed.
“Mereka terlibat kemalangan,” jawab salah seorang krew yang bersama satu kereta dengannya.
Tidak dapat dipastikan keadaan mangsa kemalangan tersebut.
Bagaimanapun respon warganet sememangnya kurang senang dengan insiden tersebut.
“Dia (peminat) layak untuk menerima akibatnya setelah membuat tindakan yang tidak masuk akal itu. Kejar dia (IShowSpeed) semata-mata nak bagi hadiah? Untuk foto? Mengetuk tingkap?
“Kemudian di hospital apabila ditanya bagaimana dia tercedera? Kejar Youtuber di jalan raya. Memang buang masa pekerja kakitangan hospital saja,” — Leading-Back7596.
“Ini sangat memalukan,” — giggity2099.
“Bunyi perlanggaran itu sangat kuat. Harap dia (peminat) dapat pengajaran,” — Haze_Lm8.
“Sakit dapat, rugi pun dapat. Entahlah bila penyakit nak mendewakan orang ini nak lenyap. Dengan politikus taksub. Dengan YouTuber pun taksub. Rakyat negara ini memang tak ada harapan,” — Safe-Gas-2198.
Terdahulu, antara beberapa ‘onar’ yang dibuat IShowSpeed sepanjang berada di Malaysia; tercekik biji durian, restoran Uncle Roger terpaksa ditutup dan bayar lebih RM500 untuk jam tangan di Petaling Street.
Pada masa sama, IShowSpeed tidak terlepas daripada menikmati kesedapan burger Ramly sehingga membayar lebih kepada peniaga tersebut.