Personaliti internet, IShowSpeed terkesima selepas beliau mencuba burger ramly buat kali pertama dalam lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.

Malaysia menjadi negara seterusnya yang dikunjungi oleh Speed selepas beliau singgah di Kemboja, Vietnam dan juga Filipina dalam siri lawatan ke negara Asia Tenggara yang sedang dijalani.

Baca Juga:

Ketika mahu menutup siaran langsung yang ditayangkan di YouTube, rakyat negara ini memberi memberi cadangan kepada Speed agar mencuba burger ramly dan beliau terus menyahut pelawaan itu.

Pemuda berusia 19 tahun itu singgah di salah satu gerai burger tepi jalan yang dipercayai di sekitar bangsar dan dilihat beliau memesan burger daging special.

Selepas gigitan pertama, Speed seolah-olah terkesima dengan kesedapan burger ramly sambil beliau memuji tukang masak yang menyediakan burger kepadanya.

Speed turut memuji semua makan yang dicubanya selepas tiba di negara ini dimana beliau menganggap makanan di Malaysia sedap belaka.

“Semua makanan disini sedap,” kata IShowSpeed.

Ekoran kagum dengan kesedapan burger yang dimakan, Speed sanggup membayar lebih kepada penjual burger tersebut.

Sebelum ini, Speed tidak melepaskan peluang untuk mencuba durian sejurus tiba di Malaysia dan beliau berdepan dengan detik cemas selepas memakan durian dengan biji dan kemudiannya tercekik.

IShowSpeed
IShowSpeed

Selain durian, Speed turut mencuba salah satu snek iaitu Super Ring dan singgah ke restoran milik selebriti internet Malaysia iaitu Uncle Rogers.

IShowSpeed atau nama sebenarnya, Darren Jason Watkins Jr lahir pada 21 Januari 2005 dan beliau terkenal dengan tingkah laku dramatik dan teruja dalam pelbagai strim langsung, terutama sekali ketika bermain permainan video.

Pada tahun 2022, Speed ​​mula beralih ke kandungan yang berkaitan dengan bola sepak sambil turut menjadi penyokong tegar pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.