Nasi lemak merupakan juadah sarapan yang memang wajib dimakan oleh warga Malaysia dan diakui kesedapannya oleh pelancong asing juga.

Baru-baru ini, seorang chef dan pempengaruh (influencer) masakan yang popular di platform seperti TikTok dan Instagram bernama Dimsimlim berkongsi resepi juadah nasi lemak buat peminatnya ang datang dari pelbagai latar belakang dan negara berlainan.

Dia berseloroh mengatakan inilah makanan ‘bijirin’ versi Malaysia yang dikenali sebagai nasi lemak atau nasi santan bersambal.

Penangan Nasi Lemak, Pelancong Ini Kongsi Berat Naik 10KG Lepas Sebulan Di KL
Sumber Gambar: Threads

Video yang dimuat naik sememangnya mendapat sejumlah reaksi yang positif dari orang ramai namun terdapat beberapa komentar yang ditinggalkan oleh warganet mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Seorang lelaki dari Australia berkongsi dengan mengatakan inilah sebab berat badannya telah naik secara drastik walaupun duduk sebulan sahaja sewaktu di Kuala Lumpur.

“Inilah sebabnya kenapa saya naik 10KG dalam masa sebulan bila bekerja di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia terus jatuh cinta segala makanan yang dicubanya di Malaysia dan paling utama sekali ia berbaloi walaupun perlu mengorbankan tahap kesihatan.

Seorang wanita berkelahiran di Netherlands mendedahkan bahawa dia memang perlu berpindah ke Malaysia kerana sangat suka makan nasi pada waktu sarapan.

Dalam pada itu, seorang lagi wanita mendakwa bekas bos dari Jepun yang pulang ke kampung halamannya telah mengalami penurunan berat badan sekitar 3KG.

Namun sebaik kembali ke Malaysia, bosnya itu didapati mengalami kenaikan berat badan yang mendadak mencecah 5KG kurang dalam seminggu kerana didakwa makanan di sini terlalu sedap.

Selain pujian yang melambung, ada warga asing yang turut berhasrat datang melawat ke Malaysia dan juga tidak lupa untuk meminta saranan juadah tempatan yang perlu dicuba.

Boleh tonton video penuh dengan klik di sini.