‘Penentang’ Manchester United kurang senang dengan dua aksi persahabatan yang akan dihadapi oleh pasukan itu.

FC United of Manchester menerusi laman media sosial menganggap dua aksi persahabatan menentang ASEAN All Stars dan Hong Kong sebagai tiada makna.

Baca Juga:

Pemilik Manchester United Dianggap Tidak Peduli Dengan Kelab

“Mereka mengabaikan aksi timbal balik Piala FA dengan alasan melindungi pemain, tapi terbang 6500 batu untuk dua aksi persahabatan yang tiada makna.

Manchester United
REUTERS/Phil Noble

“Keluarga Glazer dan Jim Ratcliffe tidak peduli mengenai kebajikan dan tradisi. Dalam masa sama, pemilik kelab besar di EPL mendapat lebih banyak kuasa.

“Ketamakan ini telah memusnahkan bola sepak,” tulis mereka.

FC United of Manchester merupakan sebuah kelab amatur yang ditubuhkan sebagai satu bentuk penentangan terhadap Keluarga Glazer.

Manchester United
FC United of Manchester

Pengurus pasukan, Ruben Amorim membawa kesemua pemain utama pasukan bagi menghadapi ASEAN All Stars dan juga Hong Kong.

Pemain seperti Bruno Fernandes, Harry Maguire, Casemiro, Andre Onana dan Rasmus Hojlund akan menguji skuad kendalian Kim Sang-sik pada 28 Mei ini.

Anda boleh lihat senarai penuh pemain Manchester United di ini.