David Coote, pengadil EPL yang sebelum ini viral kerana video lamanya menunjukkan bahawa dia menyatakan dia bencikan Liverpool dan mengutuk Jurgen Klopp.
Video tersebut membuatkan ramai peminat bola sepak mulai mempersoalkan integriti pengadil tersebut. Yang terang terangan menyatakan dia bencikan pasukan di Liga Perdana Inggeris tersebut.
Coote antara pengadil yang kerap mengadili perlawanan melibatkan Liverpool.
Belum pun reda isu viral video tersebut, kini sekali lagi viral apabila video pengadil itu sedang menyedut serbuk tular.
Video tersebut dilaporkan dirakam ketika David Coote bertugas dalam EURO 2024 yang lalu.
David Coote dianggap pengadil elit di England. Kini PGMOL menggantungnya sementara daripada tugasannya, kerana dia di dalam siasatan kes video mengutuk Liverpool.
Dan video terbaru tersebut juga dilaporkan sedang dalam siasatan PGMOL.
Oleh kerana Coote berdepan dengan siasatan dalam beberapa kes, maka UEFA turut mengesahkan bahawa pengadil itu digantung tugasan daripada mengadili aksi antarabangsa kali ini.
PGMOL have confirmed they are aware of a new video which appears to show referee David Coote snorting a white powder while reportedly working at Euro 2024 this summer. pic.twitter.com/EZFrZCNt9X
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 13, 2024
Bekas ketua persatuan pengadil, Keith Hackett percaya video tersebut terlalu kukuh untuk dijadikan bukti.
Dan satu satunya penyelesaian untuk PGMOL adalah Coote dibuang daripada jawatannya sebagai pengadil.
“Ini adalah berkaitan dengan integriti, kamu bertugas atas kompentensi kamu dan kepercayaan daripada pemain di atas padang di atas kerja kamu.
“Jadi saya hanya melihat pengakhiran kepada siasatan ini adalah, pengadil akan dipecat,” kata Hackett kepada CBS.